Komentar Terkini

  

Himpunan Corak

Nikmati pelbagai jenis corak sulaman yang eksklusif dan kreatif sebagai sumber inspirasi dan rujukan anda. Juga disediakan langkah dan teknik asas untuk anda mempraktikkannya ketika menyulam setiap rekaan yang tersedia.

Kepada Para Peminat Sulaman Hingga Kepada Para Usahawan Jahitan & Sulaman …

Serlahkan Kreativiti Anda Dengan Pelbagai Koleksi Sulaman …

Atas permintaan ramai, laman himpunan corak sulaman ini dibangunkan untuk memberi peluang kepada para peminat sulaman dan peserta Akademi Sulaman Sri Classic untuk mengetengahkan bakat mereka dalam rekaan-rekaan sulaman. Sama ada sulaman manik dan labuci, sulaman ayak kerawang, sulaman tangan, mahupun sulaman riben.


Apakah Keunikannya?

Keunikan #1 : Lakaran Asal

Setiap corak yang dihimpunkan di sini mempunyai lakaran asal daripada penyulam. Lakaran-lakaran asal ini adalah dalam bentuk .jpg, .eps, atau .psd untuk memudahkan anda mencetak semula lakaran asal.

Dengan sedikit kreativiti dan kecekapan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator, anda boleh menukar lakaran asal kepada bentuk lakaran yang anda ingini.

Keunikan #2 : Alatan Menyulam

Setiap rekaan, anda memberikan informasi dan maklumat tentang alatan-alatan yang digunakan untuk menyulam rekaan masing-masing.

Anda kini, bukan sahaja mendapat corak-corak rekaan sulaman, namun anda juga akan memperoleh maklumat dan informasi mengenainya.

Keunikan #3 : Kaedah Ringkas Menyulam Rekaan

Anda juga berpeluang mengetahui teknik-teknik dan kaedah yang digunakan untuk menghasilkan setiap rekaan corak sulaman secara ringkas.

Pastinya, anda dapat mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan. Hebat bukan?

Keunikan #4 : Rekaan Sulaman Sebenar

Himpunan Corak Sulaman ini tidak akan lengkap tanpa memperlihatkan rekaan sulaman sebenar kepada anda. Ia bertujuan memperlihatkan sama ada hasil sulaman anda mengikut kaedah yang ditunjukkan adalah betul ataupun tidak.

Setiap rekaan sulaman sebenar disediakan dalam resolusi 1900×2800 untuk memberikan gambaran corak yang lebih jelas dan terang.

Keunikan #5 : Rekaan Sulaman Daripada Peserta

Sebagai peserta Online Courses Sulaman kami, anda berpeluang memperlihatkan rekaan anda dan sekali gus menjana pendapatan anda untuk setiap hasil pembelian rekaan corak anda.

Ia juga merupakan platform untuk anda memperlihatkan kepakaran anda kepada pengunjung laman web kami.

Keunikan #6 : Hanya Muat Turun

Sekali lagi, bagi memudahkan segala proses pembelian rekaan sulaman yang diningini, kami memudahkan anda dengan menggunakan 3 langkah mudah pembelian iaitu, pilih, beli dan muat turun ke dalam komputer peribadi anda.


Sudah Bersedia Untuk Melihat Rekaan Sulaman Tersebut?

Baiklah, bagi memudahkan anda, setiap rekaan sulaman tersebut dibahagikan kepada kategori masing-masing seperti berikut:-

Himpunan Corak Sulaman #1 : Sulaman Ayak Kerawang

Sila klik butang di bawah untuk terus menatapi corak-corak rekaan sulaman ayak kerawang yang unik dan eksklusif. Terdapat banyak corak-corak rekaan sulaman ayak kerawang terkini yang boleh anda jadikan sumber inspirasi dalam setiap rekaan anda.

Himpunan Corak Sulaman #2 : Sulaman Manik & Labuci

Di sini pula, kami menyediakan platform untuk anda melihat rekaan-rekaan sulaman manik dan labuci sambil mengetahui kaedah dan cara menghasilkannya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan rekaan sulaman manik anda supaya pelanggan anda tidak lagi bosan dengan rekaan-rekaan yang biasa dan sudah outdated.

Himpunan Corak Sulaman #3 : Sulam Tangan

Menyulam tangan bukan sahaja memerlukan kesabaran yang tinggi, namun ia juga memerlukan kreativiti. Ini kerana setiap hasil rekaan sulam tangan adalah mengikut teknik dan imaginasi setiap penyulam.

Kami sangat yakin bahawa segala maklumat dan sesi pembelajaran menggunakan mana-mana produk Digital Sulaman ini akan membawa anda memudahkan pemahaman anda terhadap ilmu yang dipelajari 100% jaminan kepuasan.

Selamat Bersulam!

P.S Got Questions? Feel free to contact us at our support desk: www.maribelajarsulam.com/support