Sulaman Manik

RM80 RM50

Online Courses, Online Courses Sulaman

Pelajari kemahiran sulaman manik secara terus bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Terdapat hampir 45 teknik sulaman manik disediakan dari yang mudah hingga kepada teknik yang lebih komplikated.


kuasai sulaman manik Sulaman Manik

Dari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Manik

Assalamualaikum,

Jika anda benar-benar ingin menguasai dan memahirkan diri anda di dalam kemahiran sulaman manik… maka inilah pesanan dan mesej yang penting untuk anda teruskan bacaan anda.

Ini kerana,

Buat julung-julung kalinya, Akademi Sulaman Sri Classic memperkenalkan kepada anda ‘Online Courses Sulaman Manik’ yang mampu merealisasikan impian anda untuk menguasai kemahiran sulaman manik dan bukan sekadar mempelajarinya sahaja mengikut masa lapang anda tanpa stres dan tanpa gangguan.
Malahan, anda bukan sahaja belajar tetapi menguasai segala-galanya dari teknik, aplikasi dan tips.

Belajar, Kuasai dan Mahir Sulaman Manik Bersama Kami

Ketahuilah.. Untuk Menguasai Kemahiran Sulaman Manik Sepenuhnya, Anda Perlu Mendapat Bimbingan Selepas Bengkel Berlangsung Sepenuhnya Daripada Pengajar Anda.

Namun.. Ia adalah mustahil jika anda mengikuti bengkel manik secara fizikal. Dan selalunya bayaran ekstra dikenakan setiap kali anda ingin bertanya atau inginkan bimbingan lanjut daripada Tenaga Pengajar anda. Dan itulah hakikatnya, kerana pengajar anda juga insan yang mempunyai komitmen lain dalam kehidupan seharian mereka.

Tetapi perkara tersebut tidak akan berlaku di dalam Online Courses Sulaman Manik ini, di mana kami memberikan anda peluang untuk berinteraksi secara langsung 24/7 bersama Tenaga Pengajar anda dan juga Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu Cikgu Syahida Ramli. Anda bebas bertanya menggunakan platform yang disediakan, SMS, atau menelefon terus kami untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cepat dan pantas.

Mahukah Anda Jika…

BlueCircleCheckmark Sulaman Manik

Hanya Dengan Menggunakan Internet, anda boleh mempelajari setiap teknik sulaman manik mengikut kehendak dan kesesuaian masa lapang anda sama ada pagi, tengahari, petang, ataupun malam.

BlueCircleCheckmark Sulaman Manik

Dengan Sistem Video Streaming HD, anda mampu melihat dengan jelas setiap langkah teknik sulaman manik yang ditunjukkan dengan mudah.

BlueCircleCheckmark Sulaman Manik

Dengan Hanya Mengakses Platform Anda,semua video teknik, aplikasi dan tips boleh diulang tayang tidak kira waktu, pada bila-bila masa mengikut keperluan anda.

BlueCircleCheckmark Sulaman Manik
Anda berpeluang menguasai kemahiran sulaman manik untuk setiap teknik yang dipelajari setiap minggu dan bukan sekadar hanya belajar sahaja.

BlueCircleCheckmark Sulaman Manik

Setiap sesi teknik sulaman manik dijalankan, anda hanya perlu melihat, mendengar dan berinteraksi bersama tenaga pengajar tanpa batasan.

BlueCircleCheckmark Sulaman Manik
Anda berpeluang berdiskusi secara terus dengan Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri 24/7 tanpa batasan sama ada secara eMel, ruangan sapa menyapa mahupun ruangan diskusi.

Kenapa.. Kami Memberikan Respon dan Melayan Anda 24/7 Tanpa Batasan.. Tidak Kira Sama Ada Anda Menanyakan Soalan Yang Sama Ataupun Tidak?

Ini kerana sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia yang berdaftar, kami memegang amanah dan tanggung jawab untuk memastikan apa jua yang anda pelajari di dalam Online Courses Sulaman Manik ini, mampu dijanakan menjadi pendapatan tetap mahupun pendapatan sampingan anda.

Dalam erti kata lain, kami merangka dan membina serta memastikan (dengan izin Allah) bahawa anda benar-benar sukses dan menjadi usahawan sulaman sejurus selepas anda menamatkan sesi pembelajaran manik bersama kami.

 Sulaman Manik

Tenaga Pengajar Merupakan Tenaga Pengajar Yang Diiktiraf Selain Berpengalaman Dalam Bidang Sulaman Menjangkau 23 Tahun bermulanya 2011 ini!

sijil jpk Sulaman Manik

sijil MARA Sulaman Manik

Puan Syahida Ramli merupakan Panel Pakar Tunggal Sulaman Dalam NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia semenjak 2008 lagi. Beliau juga merupakan Panel Pakar Runding MARA Malaysia dalam Bidang Sulaman dan Aksessori Wanita serta Keusahawan Wanita semenjak 2009 lagi.

Puan Syahida Ramli dan Sri Classic Collection telah mengendalikan hampir 107 sesi bengkel bersama Agensi Kerajaan mahupun Swasta semenjak penubuhan Akademi Sulaman Sri Classic pada 2008. Bagi bengkel secara individu dan orang perseorangan, beliau telah mengajar hampir 2753 orang peserta sehingga Januari 2010. Dan angka tersebut bertambah dari sehari ke sehari.

Ciri-Ciri Online Courses Sulaman Manik

Online Courses Sulaman Manik mengandungi beberapa ciri dan kesitimewaannya yang tersendiri. Sama ada dari segi modul teknik, platform keahlian, sistem pembelajaran dan sebagainya. Bagi meyakinkan anda, berikut adalah di antara ciri-ciri dan kesitimewaan yang terdapat di dalam Platform Online Courses Sulaman Manik ini.

1293117847 old openofficeorg impress Sulaman Manik

Lebih 45 Teknik Sulaman Manik

Pelbagai teknik sulaman manik bermula dari teknik yang mudah hingga kepada teknik manik yang lebih komplikated dan mewah untuk dipelajari dan dikuasai. Setiap langkah akan dipertontonkan kepada anda secara jelas dan terang menggunakan video HD tanpa dipotong mahupun dilangkau mana-mana langkah. Ada kalanya hampir 30 minit tayangan untuk setiap teknik agar memberikan kefahaman yang mendalam kepada anda.

1293118087 stock lock ok Sulaman Manik

Terdapat Lebih 185 Tips dan Rahsia Dikongsi

Tiba masanya untuk anda mengetahui rahsia dan kaedah yang betul dalam memperkemaskan setiap jahitan manik anda. Setiap tips dan rahsia kekemasan diolah untuk anda berdasarkan pengalaman pengasas Butik Sulaman Sri Classic yang telah mendalami ilmu sulaman manik ini sejak berumur 9 tahun lagi. Jika anda bercadang untuk menjadikan bidang sulaman manik ini sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun tetap, maka inilah segmen yang paling penting dalam setiap teknik yang diajarkan.

1293118410 preferences desktop theme Sulaman Manik

Terdapat Lebih 93 Contoh Rekaan Sebenar

Anda boleh melihat dan mendapatkan idea tentang hasil setiap teknik sulaman manik yang dipelajari. Malahan setiap rekaan akan diupdates dari semasa ke semasa. Setiap rekaan sulaman manik akan dihurai satu persatu kepada anda supaya anda boleh menjadikannya sebagai panduan dan pedoman dalam rekaan sulaman manik anda.

1293118246 manilla folder image Sulaman Manik

Muat Turun Nota-Nota Berwarna Warni

Nota setiap teknik manik disediakan dengan paparan berwarna warni untuk anda memuat turun ke dalam komputer anda atau mencetaknya sebagai rujukan anda. Malahan setiap nota yang diberikan, tidak sedikit pun melangkau mana-mana langkah bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih jelas. Ini kerana kami juga seperti anda dan memahami kehendak anda.

1293119370 gtk recordMyDesktop Sulaman Manik

Paparan Dalam Video Streaming HD

Belajar setiap teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia secara video streaming HD. Kesemuanya dirakam menggunakan 4 buah kamera beresolusi tinggi HDD untuk memberikan paparan dan tayangan yang lebih jelas dan memuaskan. Yang pastinya anda akan dapat melihat dengan jelas bermula dari jarum ditusukkan sehinggalah ia dimatikan.

1293156636 Mail Sulaman Manik

Sijil Penyertaan Disediakan

Sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia, kami akan mengeluarkan sijil kepada anda yang berjaya menamatkan kesemua Modul Sulaman Manik. Kos penghantaran sijil akan ditanggung pihak kami untuk anda yang berada di Malaysia, Sabah dan Sarawak.

1293120393 emblem shared Sulaman Manik

Akses 24/7

Tiada had untuk anda mengakses platform keahlian manik anda. Anda bebas mengakses 24 jam sehari untuk tempoh 7 hari tidak kira waktu dan masa. Asalkan kata laluan anda tidak dikongsi dengan sesiapa. Malahan setiap video teknik dan sebagainya boleh diulang tayang sekerap mana yang diinginkan. Jika anda masih tidak faham dengan jelas mana-mana teknik sulaman manik, anda boleh menontonnya semula.

1293675432 restart Sulaman Manik

Akses Mengikut Masa Lapang Anda

Memandangkan akses platform keahlian manik anda adalah 24/7, maka anda berpeluang mengakses mengikut masa lapang anda. Jika anda merupakan individu yang sibuk dengan tugasan harian sama ada bekerja sepenuh masa mahupun suri rumah sepenuh masa, maka anda boleh mempelajari teknik-teknik sulaman manik ini mengikut waktu yang sesuai untuk anda.

1293675495 alarmd Sulaman Manik

Modul Secara Berkala

Bagi membolehkan anda memahami dan menguasai kesemua Modul Sulaman Manik yang diberikan, maka setiap segmen teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia akan diberikan secara berkala, sedikit demi sedikit. Ini bertujuan membolehkan anda membuat latihan, memperbaiki kesalahan dan lebih fokus kepada setiap teknik manik yang diajarkan secara mudah, tanpa stres dan lebih praktikal.

1293120626 voicecall Sulaman Manik

Berdiskusi Secara Langsung 24/7

Anda boleh berdiskusi secara langsung dan bebas bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri untuk tempoh 24/7 tanpa batasan. Gunakan kesempatan ini untuk mendalami setiap teknik sulaman manik yang anda pelajari. Anda boleh berdiskusi menggunakan ruangan yang disediakan di dalam platform manik anda, ataupun anda juga boleh terus menelefon dan SMS kepada beliau untuk mendapatkan respon secara spontan.

1293119316 insert link Sulaman Manik

Rundingan Seumur Hidup

Jika anda telah berjaya menamatkan kesemua modul Online Courses Sulaman Manik, anda masih bebas bertanya dan meminta khidmat nasihat secara terus bersama Puan Syahida sendiri sama ada menggunakan telefon, SMS ataupun eMel. Dan ia adalah percuma seumur hidup anda. Kami sedia membantu dan berkongsi bersama anda pada bila-bila masa dan waktu.

1293638392 Keychain Access Sulaman Manik

Mesra Pengguna.

Hanya Log Masuk dan mulakan proses pembelajaran anda.

Anda tidak perlu pakar dalam IT untuk menggunakan platform ini. Jika anda tahu menaip dan membuka Internet, anda pastinya dapat menggunakan platform Online Courses Manik ini sepenuhnya.

1293638688 Font File Alt Sulaman Manik

Fonts dan Design Yang Besar.

Bagi memudahkan anda menikmati dan lebih fokus dengan setiap modul yang diberikan, maka design Fonts atau Huruf platform Online Courses Manik ini adalah besar serta mudah dibaca. Malahan design platform keseluruhannya adalah bersih dan kemas tanpa pelbagai menu yang berserabut.

1293638825 help faq Sulaman Manik

Ruangan Borak.

Anda boleh berinteraksi bersama rakan dan sahabat online manik yang lain di dalam platform. Inilah masanya untuk anda mengenal antara satu dengan yang lain.

1293638985 microphone 128 Sulaman Manik

Ruangan Diskusi.

Ruangan diskusi juga disediakan untuk anda berbincang dan berdiskusi secara langsung bersama moderator sulaman manik anda iaitu Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic, Puan Syahida sendiri. Utarakan segala permasalahan anda, dan paparkan segala hasil kerja anda untuk dinilai dan diperbetulkan bersama-sama.

1293639091 gift Sulaman Manik

Ruangan Bonus.

Terdapat 2 ruangan bonus untuk anda iaitu bonus istimewa dan bonus point. Bagi ruangan Bonus Istimewa, setiap daripada anda akan layak memperolehinya sejurus selepas anda mendaftar.

Bagi Bonus Point pula, anda berpeluang mempelajari dan memperolehinya jika anda berjaya mencapai point yang ditetapkan. Di sinilah, jika anda mahukan bahan pembelajaran yang lebih, maka anda boleh memperolehinya berdasarkan point yang anda kumpul.

  1. Rauqah Kassim says:

    Salam satu Malaysia! Salam satu kemahiran! saya juga baru register onlien courses manik. Memang berbaloi!