Sulaman Tangan

RM150 RM80

Online Courses, Online Courses Sulaman

Pelajari kemahiran sulaman tangan secara online bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Belajar sulaman tangan benang tanpa perlu menghadiri bengkel secara fizikal tetapi belajar riben hanya di hujung ja..read more

online sulaman tangan Sulaman Tangan

Dari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Tangan.

Assalamualaikum,

Cuba anda renungkan perkara-perkara di bawah:-

  • Agak sukar untuk mencari guru pakar yang sudi mengajar sulam tangan.
  • Anda pernah mencuba sendiri menyulam benang, namun tidak berhasil kerana hasil sulaman tangan sukar untuk menjadi dengan cantik. Kebiasaannya sulaman yang ditiru akan nampak bulat, leper dan berbulu semata-mata.
  • Anda pernah mencuba menghasilkan sulaman tangan sendiri, namun hasil sulaman tangan mudah rosak seperti tertarik fabrik serta berlubang. Ini disebabkan kaedah dan tekanik menyulam tangan yang anda lakukan adalah tidak betul dan tidak kemas.
  • Anda minat dengan rekaan sulaman tangan tetapi tidak tahu menjahit. Namun, tidak banyak buku yang ditulis di pasaran tentang sulaman benang yang mengajar satu persatu secara langkah demi langkah bagaimana ingin menghasilkan sulaman tangan. Kebanyakannya, hanya menunjukkan motif rekaan sulaman tangan dan tiada kaedah menyulam yang ditunjukkan secara terperinci.
  • Jika Anda Mengalami Mana-Mana Situasi Seperti Di Atas, Maka Anda Sebenarnya Perlu Mempelajarinya Dari Guru Yang Berpengalaman.

    Belajar dan Kuasai Kemahiran Sulaman Tangan atau Sulaman Benang

    Sebenarnya, untuk menghasilkan sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, anda perlu berguru dengan individu yang benar-benar mahir dalam bidang sulaman ini. Mempelajari sulaman tangan tidak sama seperti anda mempelajari kemahiran sulaman yang lain. Seperti Sulaman Kerawang, anda perlu berguru dengan inidvidu yang benar-benar mahir dalam bidang sulaman tangan ini jika anda ingin mendalami kemahiran warisan ibunda ini.

    Justeru, Platform Online Courses Sulaman Tangan ini dirangka direalisasikan bagi memenuhi permintaan ribuan peminat sulaman tangan yang inginkan satu platform yang mampu mengajar dan memenuhi hasrat mereka untuk mendalami dan menguasai kemahiran sulaman tangan ini.

    Kami Mengajar Anda Bukan Sekadar Untuk Proses Pembelajaran, Tetapi Kami Mengajar Anda Untuk Proses Membolehkan Anda Berniaga Selepas Mengikuti Online Courses Sulaman Tangan Ini.

    Ya! Sama ada anda

  • tidak pernah memegang sebatang jarum sekalipun sebelum ini,
  • tidak tahu tentang sulaman tangan atau sulaman benang sebelum ini, atau
  • pernah mempelajari kemahiran sulaman tangan ini, tapi masih tidak berjaya menghasilkan rekaan yang kemas dan tegap.
  • Jadi, platform Online Courses Sulaman Tangan ini merupakan jawapan kepada permasalahan anda. Setiap modul yang dirangka menjurus kepada proses mendalami ilmu sulaman tangan sebaik mungkin.

    Malahan, Puan Syahida Ramli yang merupakan pengasas Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic merupakan tenaga pengajar pakar yang sudah berpengalaman menyulam semenjak berusia 9 tahun lagi, akan berkongsi segala pengalaman beliau bersama anda di dalam platfrom Online Courses Sulaman Tangan ini.

    Kandungan Asas Modul Sulaman Tangan Benang

    Secara umumnya, kesemua kandungan Online Courses Sulaman Tangan ini telah dipecahkan kepada beberapa segmen mengikut kategori masing-masing seperti berikut.

    1293117847 old openofficeorg impress Sulaman Tangan

    Lebih 65 Teknik Sulaman Tangan

    Pelbagai teknik sulaman tangan bermula dari teknik yang mudah hingga kepada teknik manik yang lebih komplikated dan mewah untuk dipelajari dan dikuasai. Setiap langkah akan dipertontonkan kepada anda secara jelas dan terang menggunakan video HD tanpa dipotong mahupun dilangkau mana-mana proses. Ada kalanya hampir setengah jam lamanya tayangan untuk setiap teknik sulaman tangan agar ia dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada anda.

    1293118087 stock lock ok Sulaman Tangan

    Terdapat Lebih 96 Tips dan Rahsia Dikongsi

    Tiba masanya untuk anda mengetahui rahsia dan kaedah yang betul dalam memperkemaskan setiap sulaman tangan yang telah anda pelajari. Setiap tips dan rahsia kekemasan sulaman tangan ini diolah berdasarkan pengalaman pengasas Butik Sulaman Sri Classic yang telah mendalami ilmu sulaman ini semenjak berumur 9 tahun lagi. Jika anda bercadang untuk menjadikan bidang sulaman tangan ini sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun tetap anda, maka inilah segmen yang paling penting dalam platform Online Courses Sulaman Tangan ini.

    1293118410 preferences desktop theme Sulaman Tangan

    Terdapat Lebih 87 Contoh Rekaan Sebenar

    Anda boleh melihat dan mendapatkan idea tentang hasil setiap teknik sulaman tangan yang telah pun dipelajari. Malahan setiap rekaan sulaman tangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Setiap rekaan sulaman tangan akan dihurai satu persatu kepada anda supaya anda boleh menjadikannya sebagai panduan dan pedoman untuk rekaan sulaman benang anda nanti.

    1293118246 manilla folder image Sulaman Tangan

    Muat Turun Nota-Nota Berwarna Warni

    Untuk pengetahuan anda nota setiap teknik sulaman tangan disediakan dengan paparan berwarna warni. Anda bebas untuk memuat turun ke dalam komputer anda atau mencetaknya sebagai rujukan anda kemudiannya. Malahan setiap nota sulaman tangan yang diberikan, tidak sedikit pun melangkau mana-mana langkah bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih jelas.

    1293119370 gtk recordMyDesktop Sulaman Tangan

    Paparan Dalam Video Streaming HD

    Belajar setiap teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia sulaman tangan secara video streaming HD. Kesemuanya dirakam menggunakan 4 buah kamera beresolusi tinggi HDD untuk memberikan paparan dan tayangan yang lebih jelas dan memuaskan. Yang pastinya anda akan dapat melihat dengan jelas bermula dari jarum ditusukkan sehinggalah ia dimatikan.

    1293638825 help faq Sulaman Tangan

    Ruangan Borak.

    Ruangan borak juga disediakan di dalam platform Online Courses Sulaman Tangan ini. Justeru, anda boleh berinteraksi bersama rakan dan sahabat online sulaman tangan yang lain di dalam platform. Inilah masanya untuk anda mengenal antara satu dengan yang lain.

    1293638985 microphone 128 Sulaman Tangan

    Ruangan Diskusi.

    Ruangan diskusi juga disediakan untuk anda berbincang dan berdiskusi secara langsung bersama moderator sulaman tangan atau sulaman benang anda iaitu Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic, Puan Syahida sendiri. Utarakan segala permasalahan anda, dan paparkan segala hasil kerja anda untuk dinilai dan diperbetulkan bersama-sama di ruangan ini. Malahan anda juga boleh melihat hasil kerja tangan rakan anda sebelumnya.

    1293639091 gift Sulaman Tangan

    Ruangan Bonus.

    Platform Online Sulaman Tangan ini juga menyediakan ruangan bonus untuk anda. Pastikan anda lebih aktif dalam platform bagi membolehkan anda mengumpul point yang lebih tinggi seterusnya memperolehi bonus-bonus yang lebih menarik.

    1293156636 Mail Sulaman Tangan

    Sijil Penyertaan Disediakan

    Sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia, kami akan mengeluarkan sijil kepada anda yang berjaya menamatkan kesemua Modul Sulaman Tangan. Kos penghantaran sijil akan ditanggung pihak kami untuk anda yang berada di Malaysia, Sabah dan Sarawak.

    1293120393 emblem shared Sulaman Tangan

    Akses 24/7

    Tiada had untuk anda mengakses platform keahlian sulaman benang atau sulaman tangan anda. Anda bebas mengakses 24 jam sehari untuk tempoh 7 hari tidak kira waktu dan masa. Asalkan kata laluan anda tidak dikongsi dengan sesiapa. Malahan setiap video teknik sulaman benang dan sebagainya boleh diulang tayang sekerap mana yang diinginkan. Jika anda masih tidak faham dengan jelas mana-mana teknik sulaman tangan, anda boleh menontonnya semula.

    1293675432 restart Sulaman Tangan

    Akses Mengikut Masa Lapang Anda

    Memandangkan akses platform keahlian sulaman tangan anda adalah 24/7, maka anda berpeluang mengakses mengikut masa lapang anda. Jika anda merupakan individu yang sibuk dengan tugasan harian sama ada bekerja sepenuh masa mahupun suri rumah sepenuh masa, maka anda boleh mempelajari teknik-teknik sulaman benang ini mengikut waktu lapang anda.

    1293675495 alarmd Sulaman Tangan

    Modul Secara Berkala

    Bagi membolehkan anda memahami dan menguasai kesemua Modul Sulaman Tangan yang diberikan, maka setiap segmen teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia akan diberikan secara berkala, sedikit demi sedikit. Ini bertujuan membolehkan anda membuat latihan, memperbaiki kesalahan dan lebih fokus kepada setiap teknik sulaman benang yang diajarkan secara mudah, tanpa stres dan lebih praktikal.

    1293120626 voicecall Sulaman Tangan

    Berdiskusi Secara Langsung 24/7

    Anda boleh berdiskusi secara langsung dan bebas bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri untuk tempoh 24/7 tanpa batasan. Gunakan kesempatan ini untuk mendalami setiap ilmu teknik sulaman benang yang telah anda pelajari. Anda boleh berdiskusi menggunakan ruangan yang disediakan di dalam platform sulaman tangan anda, ataupun anda juga boleh terus menelefon dan SMS kepada beliau untuk mendapatkan respon secara spontan pada bila-bila masa.

    1293119316 insert link Sulaman Tangan

    Rundingan Seumur Hidup

    Jika anda telah berjaya menamatkan kesemua modul Online Courses Sulaman Tangan, anda masih bebas bertanya dan meminta khidmat nasihat secara terus bersama Puan Syahida sendiri sama ada menggunakan telefon, SMS ataupun eMel. Dan ia adalah percuma seumur hidup anda. Kami sedia membantu dan berkongsi bersama anda pada bila-bila masa dan waktu.

    1293638392 Keychain Access Sulaman Tangan

    Mesra Pengguna.

    Hanya Log Masuk dan mulakan proses pembelajaran anda.

    Anda tidak perlu pakar dalam IT untuk menggunakan platform ini. Jika anda tahu menaip dan membuka Internet, anda pastinya dapat menggunakan platform Online Courses Sulaman Tangan ini sepenuhnya.

    1293638688 Font File Alt Sulaman Tangan

    Fonts dan Design Yang Besar.

    Bagi memudahkan anda menikmati dan lebih fokus dengan setiap modul sulaman benang yang diberikan, maka design Fonts atau Huruf platform Online Courses Sulaman Tangan ini adalah besar serta mudah dibaca. Malahan design platform keseluruhannya adalah bersih dan kemas tanpa pelbagai menu yang berserabut.

    1. Saya rasa bersyukur kerana dapat join Online Courses Sulaman Manik nie. Padat dan sangat mudah dipelajari. Support team dari Platform juga sangat cepat.